Isnin, 25 Januari 2016

Bismillahi rohman nirrohim.

Assalaamualaikum..

Alhamdulillah diberikan kesempaan untuk update blog ne.

Lama jugak tak update oleh sebabkan sibuk yang mamanjang, kadang tak sempat bukak

Nak share experienc kat sini berkaitan internship selama 6minggu di Ibu Pejabat polis Bukit Aman.

14januari bermulanyaku melapor diri di sana pada awal waktu. Alhamdulillah. Pada awalnya tanggapan saya berada dibukit aman ne adalah tegas, berdedikasi, disiplin ketat dan semua orang serius. Namun, itu cuma tanggapan semata2. Yelah, polis kan. Bukan kita tak tahu apa tanggapan orang, ada baik dan buruknya.

Tapi, apa yang saya ingin kongsikan disini, jap.. saya internship d BAKA. Tau apa tu BAKA? Tak tahu. Ok. Baka tu Bahagian agama dan kaunseling. Dibawah jabatan JIPS, jabatan intergeriti dan pematuhan standard.

Awal datang sana. Ditemu bulan, sesi kenalan dgn penyelia. Alhamdulillah semuanya baik2 belaka. Hehe. Banyak yang saya pelajari di sana.

Saya belajar ilmu leeangan,
Ilmu kaunseling,
Ilmu motivasi dan semua ilmu dan maklumat terkumpul di sana.

Saya.. jenis yg suka dengar pengalaman dan luahan orang.

Di sana lah juga saya tahu, mcm mana perjalanan interview. Mcm mana kita menguruskan kewangan kita. Sejauh mana kelayakan kita. Bagaimana sesi kaunseling dan kelompok sebenarnya dijalankan. Wow !

Di sana lah juga saya dapat mempelajari gelagat2 manusia. Tingkah laku manusia. Nmun itu berada di dalam jabatan polis, seandainya berada di jabatan2 lain maka, lainlah pembawaan mereka.

Nak ceritakan satu2 d sni memang payah sekali. Tapi, seriously tanpa bohong, di sana memang best. Staf2 semua funny laa. Baik2 belaka. Ilmu2 yg kami peroleh dari mereka.

inilah firstime saya dapat merasakan pngalaman berkerja yang sebenar berdasarkan bidang yang saya ceburi. ya Allah, thanks :)

Khamis, 17 September 2015


haha.. ini apa?

haa, meman
dangkan takda cerita, kita bercerita tentang seorang hamba Allah ne lah :)

siapa dia?
dia.. someone special bagiku.
dalam gambar tu bukan tanda awal perkenalan ye..

kenapa special, sebab dialah :
  1. cikguku
  2. kawanku
  3. sahabatku
  4. kaunselorku
  5. rakan karibku
  6. pendengarku
  7. kekasihku <3 (malu)

haha..

15.januari sebagai tanda awal kami kenal each other.

sebelum ne memang kenal, tapi kenal macam tu je lah.
kenal kacau2. dia selalu kacau saya, nampak ja saya online fb, dia kacau lah tutengah2 malam,
masih ingat lagi dia takutkan saya hantu, tapi masalahnya saya memang tak takut pun.
masa tu layan tak layan ja dia. haha. sebab masa tu kan tengah suka someone juga. huuu (abi, jangan baca k)
kadang kalau dia inbox, sayalayan tak layan ja, kalau saya bosan saya balas lah.
masa tu tak kenal pun dia siapa, tengok muka pun tak pernah masa tu.
sebab tu saya tak berapa nak layan.
tapi, rasanya laama jugak lah, dalam setahun kot macam tu, saya semak semula mesej2 saya d inbox(fb) tu, saya nampak lah conversations kami. perhhh. saya pun stalker dia lah. rupanya dia masa tu pegi YAMAN, buat? belajar di sana. jadi masa tu saya anggap diaah orang yang hebat sebab menjejakkan kaki di bumi anbiyak. Allahu ALLAH. pastu, saya nampak lah komen2 kat status dia, dan dia bg kat kawan dia ID wechat dia. heee. jadi saya pegi curi lah :3

tapi,,, tapi,, saya add saya x mesej pun dia :p
dia yang mulakan, buktinya?

tu mesej kat atas tu :p
hehe..

kami pun rapat n rapat lagi rapat.
(rasa rindu masa2 tu)

masa tu dia di yaman, saya di melaka.

ermhhh.. jadi masa puasa, (lama juga kena tunggu dia balik malaysia)
dia balik lah malaysia (sabah) masatu saya masih lagi di melaka, yess,plan lah mau jumpa :)
alhamdulillah berkesempatan kami jumpa.

selamani tengok gambar melalui whatsapp ja, 
dan tak sangggka masa tu real jumpa, huh!
masa tu saya memang takut lah, bergegar sambil baca doa lagi :)
(bila saya ingat balik lucu pun ada)
dan, alhamdulillah, not bad, orang nya sooo hendsomeboy (werk)
hehe. 
sekarang bulan september 2015
genap 20bulan 2hari kami bersama :)


oklah, penat nak imbas kembali cerita. hee.
nanti lagi sambung k.. cerita best ! insyaAllah,

ilalliqo:)
Assalaamualaikum... 

Rabu, 16 September 2015

bismillahi rohmanir rohim :)

Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

alhamdulillah, sentiasa bersyukur kehadrat Allah Ilahi, masih memberi peluang pernafasan dan pengampunan kepada kita :)

malam ne, rasa nak meluahdan menceritakan sesuatu, tapi tak tahu lah berkenaan apa.....

jap...


masih berfikir :)

gambar masa dekat mines kalau tak silap umi.
indahnya wanita bepurdah, tapi tak semua orang yang berpurdah mahupun berniqab yang niqabi akhir zaman ini semulia niqabis niqabi pada zaman Rasulallah.  

kenapa?


  1. jika dibandingkan dengan Saidatina Fatimah, puteri kesayangan Baginda Nabi Muhammad, perhh.. jauhhhh sangat berbeza dengan kita. mereka, mukminah zaman dahulu, malu yang saaangat kuat dan tinggi. kita?
  2. ramai muslimah niqabi lebih rela memaparkan dan mempamerkan setiap pergerakan dan paparan diri mereka di media kini, termasuklah umi sendiri :(
  3. tabarujj. dengan tabarujj nya, berhias kesana kemari, lens tak lepas, celak dan make up over sangat tak lepas. berwarna warni, dengan alasan? suami dah benarkan :) tak tahu lah suami itu tahu ke tak pemaiakan niqab sebenarnya tu bagaimana.
  4. wangi ! haaa, wanita niqabi atau tak, memang tak lekang daripada wangian. kan nabi ada berkata seperti berzina apabila wanita lalu dihadapan lelaki dan lelaki tersebut tercium wangian mereka. lebih kurang macam tu lah makna hadis tu,
  5. dan lebih banyak lagi. umi bukan nak judge all of niqabis, tapi umi pun sedang menegur diri umi yang cacat cela ne juga. Astaghfirullah :'(



 setakat itu sahaja lah, sebenarnya dalam fikiran ne nak kongsikan benda lain, tapi jap lagi lah, 
kita guna satu satu topik yee :)


Sabtu, 12 September 2015

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم
Alhamdulillah, ne rasanya blog yang kedua menjadi taipanku, kerana blog yang pertama dah lama tak
buka, jadi lupa segala2nya.
sekali lagi Alhamdulillah ke hadrat Ilahi.
untuk yang pertama kali,
kena lah taaruf dulukan.
okay.
nama diberi
El-hanieyy
asal daripada bawah bayu
menuntut di kolej Universiti Islam Melaka
mengambil jurusan kaunseling, 
alhamdulillah
kelahiran 1993.
rasanya itu kot. :)
dalam tema perkongsianku disini adalah umum,
memberi ajar dan mohon tunjuk ajar,
dan mungkin akan lebih kepada menceritakan pengalaman.
mohon diberi kefahaman dan ilham daripada ALLAH AZZA WA JALLA :)
aamiin :)



  • biasanya laman macam ne ramai sangat yang berkongsikan pelbagai cerita menarik, then saya pun pantang tengok pautan2 yang comel ne, jadi, nak jugak lah.
  • hee.. kisah ayat2 cinta, kenapa ayat2 cinta? sedang dalam cinta ka?
  • sudah tentu ya atau tidak. sebenarnya, first movie yang saya tengok so islamik di sini adalah movie ne, daripada sini menjadi kagum dengan tempat2 lakonan mereka. 
  • mesir, 
  • ya mesir, siapa yang tidak teringin nak pegi kan tempat2 bersejarah zaman anbiya dahulu, Allahu.
  • sebenarnya banyak lagi lah tempat bersejarah tapi more kepada mesir. 
  • kalau Allah berikan rezeki dan kesempatan, saya pun nak juga berada di sana, tak kira untuk melawat atau pun menuntut ilmu, yelah, sana kan tempat menuntut ilmu yang tertua di dunia, 
  • siapa tak cemburu apabila Allah beri kepada mereka rezeki dan kesempatan untuk menjejakkan kaki di sana, walaupun tempat yang mulia adalah syurga, masyaAllah.
  • tapi mohon kepada ALLALH, nak juga, hihi :)